BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, August 8, 2011

~ bEgiTuLaH...



Bila terfikirkan amanah, segala benda harus dilakukan dengan sungguh-sungguh, atau lebih tepat IKHLAS!

Tetapi, sungguh susahnya apabila menghadapi suatu keadaan di mana ketabahan dijenguk ujian, di situlah keikhlasan diperlukan.

Bukan mudah untuk membiarkan segalanya berjalan mengikut ketetapan, namun di situlah akan lahirnya keredhaan.

Dalam tercari-cari hikmah melalui detik-detik “takdir”, di situlah mula menyedari diri sentiasa khilaf apabila terleka.

Apabila diri sentiasa inginkan bahagia, bibir sentiasa bersedia untuk mengukir senyuman paling manis, hati pula meronta-ronta berazam untuk tidak akan melepaskan bahagia itu pergi…..

...TETAPI…

Apabila diri dalam kekecewaan, kesedihan atau kepiluan..riak wajah mula berubah, mata sentiasa tersedia mahu menjatuhkan mutiara jernih, hati pula tidak akan berbohong untuk turut menangis....


bersambung....

Wednesday, July 6, 2011

mEnigGaLkaN daN diTiNGgaLkaN

hurmm..perasaan??
ntahh....
perkara sama yg sering berlaku..
smpai bile ntahh...

p/s: nothing to worry...juz let it go...

Monday, June 13, 2011

~SEMAMPUNYA



MAMPU, dalam setiap perkara mudah sahaja ditafsirkan..dalam setiap detik, mudah sahaja terjadi tanpa dipinta..dalam kekeliruan, mudah sahaja mewujudkan keyakinan.


Hanya lidah MAMPU berkata-kata..hati tetap TIDAK MAMPU untuk menurut..teruk bukan?? Bukan kah keduanya harus selari..bersama-sama..dalam tiap keadaan, payah mahupun senang. Mudah nak mentafsirkan..tanpa perlu berfikir, bukan susah..buka sahaja kamus dewan, terpampang tafsirannya bukan? TIDAK! Bukan tafsiran sebegitu. Tafsiran dalam diri..tafsiran dari hati..tafsiran dari NALURI! Begitulah selalunya ia ditafsirkan..tanpa kita sedar- tafsiran yang sama pada kebanyakan manusia. BerUPAYA menerima..seKUAT dan seMAMPUnya!



MAMPU yang sebenarnya selalu terjadi saat tidak diduga. Hadirnya ia akan memberikan kekuatan, kekuatan yang sememangnya diciptakan untuk insan yang sentiasa lemah. Manusia yang lemah. Sebagaimana wujudnya keMAMPUan, disitulah akan hadirnya keKUATan!

Saturday, June 4, 2011

~ ROAD ~

WHERE IS THIS ROAD I’M TAKING LEADING ME TO

WHERE THAT PLACE IS

I DON’T KNOW, I DON’T KNOW, I DON’T KNOW

BUT I’M WALKING THIS ROAD TODAY ALSO

I WONDER IF PEOPLE ALL HAVE THEIR CHOSEN WAY TO GO

OR IF THEY MAKE THEIR OWN WAYS

I DON’T KNOW, I DON’T KNOW, I DON’T KNOW


BUT I’M WALKING THIS ROAD LIKE THIS AGAIN

I WONDER WHY I’M STANDING ON THIS ROAD

IF THIS IS THE RIGHT WAY TO GO

IF MY DREAMS WILL COME TRUE AT THE END OF THIS ROAD

I WONDER WHAT REALLY GIVES ME PLEASURE

MONEY, REPUTATION OR THE ONES I LOVE

I DON’T KNOW, I DON’T KNOW, I DON’T KNOW


BUT I CAN’T FIGURE IT OUT YET

I WANT TO SAY THAT THIS IS MY ROAD WITH CONFIDENCE

AND BELIEVE IN MY FAITH

NEVER REGRET MY CHOICES

I WANT TO WALK LIKE THAT

BUT I STILL DON’T HAVE ANY CONFIDENCE

I WONDER WHY I’M STANDING ON THIS ROAD

IF THIS IS THE RIGHT WAY TO GO

IF MY DREAMS WILL COME TRUE AT THE END OF THIS ROAD

WHAT AM I DREAMING OF, WHO IS THAT DREAM FOR

IF THOSE DREAMS COMES TRUE WOULD I REALLY BE HAPPY??

WHERE AM I REALLY GOING RIGHT KNOW

WHAT DO I REALLY HAVE TO LIVE FOR

Sunday, May 29, 2011

~ keReSaHaN

Semalam,

ujian paling hebat yang pernah dilalui. Bukan hadir dalam sedar. Hadir dalam mimpi. Walaupun hanya mimpi, mimpi itulah yang membuatkan aku lebih termimpi-mimpi dalam jaga. Subhanallah. Hebat sungguh ujian Allah yang satu ini.

Jalan cerita dari Allah sangat benar. Sangat menarik. Sangat berhikmah. Tetapi, hamba-Mu yang malang ini Ya Allah, masih mencari-cari kebenaran itu, menanti untuk menikmati segala yang menarik dari-Mu, belajar menghadapi hikmah tanpa berasa ragu.

Sungguh Ya Allah, hamba-Mu ini kekadang sangat lemah. Lemah dengan ujian. Ujian ini. Semakin hati inginkan kelapangan, semakin hati ingin ketenangan, semakin hebat terasa diri disiakan.

Ya Allah,

Hamba-Mu ini meminta dengan penuh harap ,

Sediakanlah hati yang redha dengan perancangan-Mu,

Sediakanlah hati yang tulus dengan ketentuan-Mu,

Sediakanlah hati yang ikhlas dengan kehendak-Mu,

Biar hati ini merasa yakin dengan hikmah-Mu,

Biar hati ini merasa layak dengan hukuman-Mu,

Biar hati ini merasa kagum dengan cinta-Mu.


Ya Rahman,

Hamba-Mu ini meminta dengan penuh cemas,

Sedarkanlah hamba-Mu ini tentang ma’rifat-Mu,

Sedarkanlah hamba-Mu ini tentang kasih sayang-Mu,

Sedarkanlah hamba-Mu ini tentang azab-Mu,

Jangan sampai hamba-Mu ini leka dengan angan,

Jangan sampai hamba-Mu ini mabuk dengan kehidupan,

Jangan sampai hamba-Mu ini menang dengan kekalahan.


Segala pergantunganku hanya pada-Mu Tuhan..

Hilangkanlah segala keresahan yang sentiasa membedung jiwa

Keresahan yang belum puas menikmati hati

Keresahan yang selalu mengundang kesesatan

Keresahan yang pasti menghancurkan ketenangan.


P/s: sedang dalam keresahan.

Saturday, May 21, 2011

mEncARi DiRi daLaM siTuaSi


bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah, diri masih bernyawa dan mampu menghirup dan menghembus nafas yang semakin hari semakin takut ia akan terhenti. Detik itu hanya Allah sahaja yang tahu.

Setiap hari, diri pasti akan melalui pelbagai situasi yang membuatkan diri semakin memahami diri.

Setiap masa, akan mencari ruang di celah-celah keberanian bagi mengumpul kekuatan untuk melalui situasi yang mencabar.

Setiap kali, pasti terfikirkan nikmat dan hikmah sentiasa wujud dalam mendepani permasalahan.

subhanallah..
sungguh, Ya Allah..hamba-Mu ini belum kuat mengumpul keyakinan, belum mudah untuk melakukan dengan ikhlas, belum tahu bagaimana mahu meletakkan diri dalam situasi di atas!

"belum tibakah waktunya untuk orang-orang yang beriman, u
ntuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka) dan janganlah mereka (berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras. Dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik." (Al-Hadid:16)

Pertama kali ayat tersebut dibaca dan diolah dalam halaqah dengan pelbagai kisah diceritakan, hati mula terpaut untuk menjadikan "favourite verse in Quran". BENAR. Dalam ayat tersebut banyak pengajaran yang boleh dijadikan ingatan..bait yang begitu t
eliti..susunan yang begitu sistematik..Allah Maha Bijaksana !

~JANJI ALLAH ITU BENAR~ TAKBIR !!


Friday, May 20, 2011

Barney (I Love You Song) Great Quality!!!