BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, August 8, 2011

~ bEgiTuLaH...



Bila terfikirkan amanah, segala benda harus dilakukan dengan sungguh-sungguh, atau lebih tepat IKHLAS!

Tetapi, sungguh susahnya apabila menghadapi suatu keadaan di mana ketabahan dijenguk ujian, di situlah keikhlasan diperlukan.

Bukan mudah untuk membiarkan segalanya berjalan mengikut ketetapan, namun di situlah akan lahirnya keredhaan.

Dalam tercari-cari hikmah melalui detik-detik “takdir”, di situlah mula menyedari diri sentiasa khilaf apabila terleka.

Apabila diri sentiasa inginkan bahagia, bibir sentiasa bersedia untuk mengukir senyuman paling manis, hati pula meronta-ronta berazam untuk tidak akan melepaskan bahagia itu pergi…..

...TETAPI…

Apabila diri dalam kekecewaan, kesedihan atau kepiluan..riak wajah mula berubah, mata sentiasa tersedia mahu menjatuhkan mutiara jernih, hati pula tidak akan berbohong untuk turut menangis....


bersambung....

Wednesday, July 6, 2011

mEnigGaLkaN daN diTiNGgaLkaN

hurmm..perasaan??
ntahh....
perkara sama yg sering berlaku..
smpai bile ntahh...

p/s: nothing to worry...juz let it go...

Monday, June 13, 2011

~SEMAMPUNYA



MAMPU, dalam setiap perkara mudah sahaja ditafsirkan..dalam setiap detik, mudah sahaja terjadi tanpa dipinta..dalam kekeliruan, mudah sahaja mewujudkan keyakinan.


Hanya lidah MAMPU berkata-kata..hati tetap TIDAK MAMPU untuk menurut..teruk bukan?? Bukan kah keduanya harus selari..bersama-sama..dalam tiap keadaan, payah mahupun senang. Mudah nak mentafsirkan..tanpa perlu berfikir, bukan susah..buka sahaja kamus dewan, terpampang tafsirannya bukan? TIDAK! Bukan tafsiran sebegitu. Tafsiran dalam diri..tafsiran dari hati..tafsiran dari NALURI! Begitulah selalunya ia ditafsirkan..tanpa kita sedar- tafsiran yang sama pada kebanyakan manusia. BerUPAYA menerima..seKUAT dan seMAMPUnya!



MAMPU yang sebenarnya selalu terjadi saat tidak diduga. Hadirnya ia akan memberikan kekuatan, kekuatan yang sememangnya diciptakan untuk insan yang sentiasa lemah. Manusia yang lemah. Sebagaimana wujudnya keMAMPUan, disitulah akan hadirnya keKUATan!

Saturday, June 4, 2011

~ ROAD ~

WHERE IS THIS ROAD I’M TAKING LEADING ME TO

WHERE THAT PLACE IS

I DON’T KNOW, I DON’T KNOW, I DON’T KNOW

BUT I’M WALKING THIS ROAD TODAY ALSO

I WONDER IF PEOPLE ALL HAVE THEIR CHOSEN WAY TO GO

OR IF THEY MAKE THEIR OWN WAYS

I DON’T KNOW, I DON’T KNOW, I DON’T KNOW


BUT I’M WALKING THIS ROAD LIKE THIS AGAIN

I WONDER WHY I’M STANDING ON THIS ROAD

IF THIS IS THE RIGHT WAY TO GO

IF MY DREAMS WILL COME TRUE AT THE END OF THIS ROAD

I WONDER WHAT REALLY GIVES ME PLEASURE

MONEY, REPUTATION OR THE ONES I LOVE

I DON’T KNOW, I DON’T KNOW, I DON’T KNOW


BUT I CAN’T FIGURE IT OUT YET

I WANT TO SAY THAT THIS IS MY ROAD WITH CONFIDENCE

AND BELIEVE IN MY FAITH

NEVER REGRET MY CHOICES

I WANT TO WALK LIKE THAT

BUT I STILL DON’T HAVE ANY CONFIDENCE

I WONDER WHY I’M STANDING ON THIS ROAD

IF THIS IS THE RIGHT WAY TO GO

IF MY DREAMS WILL COME TRUE AT THE END OF THIS ROAD

WHAT AM I DREAMING OF, WHO IS THAT DREAM FOR

IF THOSE DREAMS COMES TRUE WOULD I REALLY BE HAPPY??

WHERE AM I REALLY GOING RIGHT KNOW

WHAT DO I REALLY HAVE TO LIVE FOR

Sunday, May 29, 2011

~ keReSaHaN

Semalam,

ujian paling hebat yang pernah dilalui. Bukan hadir dalam sedar. Hadir dalam mimpi. Walaupun hanya mimpi, mimpi itulah yang membuatkan aku lebih termimpi-mimpi dalam jaga. Subhanallah. Hebat sungguh ujian Allah yang satu ini.

Jalan cerita dari Allah sangat benar. Sangat menarik. Sangat berhikmah. Tetapi, hamba-Mu yang malang ini Ya Allah, masih mencari-cari kebenaran itu, menanti untuk menikmati segala yang menarik dari-Mu, belajar menghadapi hikmah tanpa berasa ragu.

Sungguh Ya Allah, hamba-Mu ini kekadang sangat lemah. Lemah dengan ujian. Ujian ini. Semakin hati inginkan kelapangan, semakin hati ingin ketenangan, semakin hebat terasa diri disiakan.

Ya Allah,

Hamba-Mu ini meminta dengan penuh harap ,

Sediakanlah hati yang redha dengan perancangan-Mu,

Sediakanlah hati yang tulus dengan ketentuan-Mu,

Sediakanlah hati yang ikhlas dengan kehendak-Mu,

Biar hati ini merasa yakin dengan hikmah-Mu,

Biar hati ini merasa layak dengan hukuman-Mu,

Biar hati ini merasa kagum dengan cinta-Mu.


Ya Rahman,

Hamba-Mu ini meminta dengan penuh cemas,

Sedarkanlah hamba-Mu ini tentang ma’rifat-Mu,

Sedarkanlah hamba-Mu ini tentang kasih sayang-Mu,

Sedarkanlah hamba-Mu ini tentang azab-Mu,

Jangan sampai hamba-Mu ini leka dengan angan,

Jangan sampai hamba-Mu ini mabuk dengan kehidupan,

Jangan sampai hamba-Mu ini menang dengan kekalahan.


Segala pergantunganku hanya pada-Mu Tuhan..

Hilangkanlah segala keresahan yang sentiasa membedung jiwa

Keresahan yang belum puas menikmati hati

Keresahan yang selalu mengundang kesesatan

Keresahan yang pasti menghancurkan ketenangan.


P/s: sedang dalam keresahan.

Saturday, May 21, 2011

mEncARi DiRi daLaM siTuaSi


bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah, diri masih bernyawa dan mampu menghirup dan menghembus nafas yang semakin hari semakin takut ia akan terhenti. Detik itu hanya Allah sahaja yang tahu.

Setiap hari, diri pasti akan melalui pelbagai situasi yang membuatkan diri semakin memahami diri.

Setiap masa, akan mencari ruang di celah-celah keberanian bagi mengumpul kekuatan untuk melalui situasi yang mencabar.

Setiap kali, pasti terfikirkan nikmat dan hikmah sentiasa wujud dalam mendepani permasalahan.

subhanallah..
sungguh, Ya Allah..hamba-Mu ini belum kuat mengumpul keyakinan, belum mudah untuk melakukan dengan ikhlas, belum tahu bagaimana mahu meletakkan diri dalam situasi di atas!

"belum tibakah waktunya untuk orang-orang yang beriman, u
ntuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka) dan janganlah mereka (berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras. Dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik." (Al-Hadid:16)

Pertama kali ayat tersebut dibaca dan diolah dalam halaqah dengan pelbagai kisah diceritakan, hati mula terpaut untuk menjadikan "favourite verse in Quran". BENAR. Dalam ayat tersebut banyak pengajaran yang boleh dijadikan ingatan..bait yang begitu t
eliti..susunan yang begitu sistematik..Allah Maha Bijaksana !

~JANJI ALLAH ITU BENAR~ TAKBIR !!


Friday, May 20, 2011

Barney (I Love You Song) Great Quality!!!

Tuesday, May 17, 2011

iNdAhNya bErSaHaBaT~!


tidak perlu menanti waktu
tidak perlu menanti hari
tidak perlu menatap bisu
hadirnya menguntumkan sebuah senyuman

senyuman yang tidak pernah lesu
senyuman yang tidak memerlukan sebab
senyuman yang hanya indah
senyuman bahagia...

kadang-kadang
dia lah penyebab duka
dia lah yang mematahkan
tetapi
dia jugalah yang mengembalikan tawa
dia jugalah yang membawa kekuatan bersama

sahabat..sahabat..sahabat...
bait kata yang begitu indah untuk diterjemahkan
keindahannya membuatkan hati melafaz syukur
menzahirkan perasaan yang sukar digambar

terima kasih sahabat!!

Monday, May 16, 2011

~TeMui ciNTa


Dalam kesibukkan mencari cinta, menikmati kesenangan, menempuhi ujian dan merasai erti kehidupan, adakala terleka malah terlena dengan setiap nikmat yang dirasai sehingga hati sendiri terdetik untuk merenung kembali masa-masa yang telah dibazirkan hanya untuk dunia.
…………..
Langkah diiringi dengan megah, senyum disertai dengan bangga, kata-kata disusuri dengan riak…sungguh, lemahnya imanmu ketika itu..langsung tidak mengingati untuk bersyukur pada-Nya. Hari demi hari dilalui sebegitu, namun kamu masih tidak sedar akan kekosongan jiwa itu. ::kamu sedar sebenarnya, tetapi tidak pernah kamu hiraukan, tidak pernah mendengar rintihannya..hanya leka dengan kenikmatan dunia yang palsu belaka :: Langsung seketika, akal terfikir sedetik. Bukan dengan tidak sengaja, sebaliknya memikirkan ujian yang diturunkan..malang sungguh, hanya sedetik disangkakan akan berkesan, tetapi langsung tidak! dek kesenangan palsu itu menjelma kembali..kembali untuk memalingkan hati.

Bukankah kamu telah diberi didikan yang cukup untuk mengenal agama? Dengan mendapat segala tunjuk ajar yang sempurna, yang diingini insan lain, tetapi sedarkah kamu yang bertuah..kau yang bernasib baik..tidakkah kau bersyukur atas nikmat yang satu ini?

Keras sungguh hatimu, ceteknya ilmumu, rendahnya pemikiranmu..gamakkanya kamu memperlakukan dirimu sebegitu..seharusnya kamu cintakan dirimu itu. Mudah sungguh kamu bermain dengan martabatmu sendiri. Kamu lah yang akan menjaganya. Kamu adalah milik-Nya, dipinjamkan kepadamu untuk kamu megasuhnya, mendidiknya, mencintainya dan memeliharanya. Kemudian, kamu akan diambil semula. Dalam keadaan bagaimanakah kamu nanti? Biarlah kamu diambil dengan penuh kesucian..Bila kamu di khalayak ramai, kamu ukir senyuman, tunduk pandanganmu, dia
bicaramu, perlahan langkahmu, sungguh indah dipandang. Sememangnya dirimu adalah seindah perhiasan yang tidak ternilai harganya. Tidak mahukah kamu dipandang sebegitu? Begitu tinggi dirimi dipandang..sebagaimana seorang wanita yang sepatutnya dilihat.Sejenak dirimu berfikir, mencari soalan yang selama ini pernah bermain di benakmu. Menggali kembali soalan-soalan tersebut yang telah lama tertanam, lantas kamu cuba mendapatkan jawapan.

Pencarianmu akhirnya terjawab gara-gara usahamu ynag tidak pernah lentur mencari kebenaran. Kamu mula menjaga diri, mendidik hati, mengawal akhlak, demi maruah yang merupakan amanah Tuhan. Kamu mula menangisi dosa-dosa lalu yang menutup hatimu. Kamu mula menjauhkan dirimu dari kehidupan lama. Kamu mula meninggalkan perbuatan jahiliahmu, kini..kamu adalah kamu yang baru.
……………………………

Sunday, May 15, 2011

BaBy OH BaBy !!

budak paling COMEL..!!


..MUHAMMAD RAFIQIN AMSYAR...
tu lah nama yg mak ny letak..tp budakny kuat meragam sungguh..cabaran hebat time menjaga nyaa..xnk kt org lain langsung, asyik nk berkepit ngn mak dia tu..manja sguh..
ank bongsu, mcm tu lah.




budak paling GARANG..!!.

..MUHAMMAD RAFIQIN AFFY..
yg nie xlah manja sgt..
menjaga nya pun sng lah drp yg td..
meragam nya pun xbyk.
tp masa menjaga nya bila dia sakit dulu..Ya Allah, mmg memerlukan kesabaran yang tinggi..sebab jaga dia lah parut tu masih ada smpai sekarang..tp, tu parut kenangan maniss sgt! hmm..dh besaq nie, makin garang plak dia..kita pun dia dh x knal..huhuhu


baby paling COOL..!! ngeh3














masa ne umur ny bru sehari..huhuhu..adik
sndri pun tgok masa kecik2, xingt dh pun..lalala..
...MUHAMMAD AFIQ MUBARAK...
semakin besar semakin hensem dia..hehe..rambut ny tu yg xtahan ! fuh..mantap lah.



>>> anak2..anugerah dan juga amanah Allah..saat terima kehadiran mereka, menitis mutiara2 sepi..mengenangkan amanah utk mencorakkn anugerah tersebut..menjaga sebaiknya pinjaman sementara itu..~itulah yg terdetik dalam hati seorang yang bernama ibu. tenang bila melihat wajah yang suci dari debu dosa, hati yang gelisah boleh menjadi tenang, nikmatnya bersama kanak2..sentiasa ceria !

~mmg syg sesgt lah kt budak2 ne~