BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, May 4, 2013

~ANUGERAH~

Subhanallah...segala puji bagi-MU Ya Allah...

Monday, April 23, 2012

aku bukan 'dia'

hanya aku seperti aku....
aku tahu fizikal ku hampir menyerupai 'dia' yang lain,
tetapi, hanya aku sahaja seperti aku.

aku juga tahu banyak mata yang memandang padaku,
mata yang baik dan kurang baik,
yang baik itu aku anggapnya sebagai anugerah,
yang kurang baik aku anggapnya sebagai khilaf,

ya, tidak semua manusia itu sempurna
sesempurna mana pun jasadnya, pasti cacat pada hatinya
sesempurna mana fizikalnya, pasti cacat mentalnya
mungkin rohaninya atau apa-apa saja yang sewaktu dengannya.

ada juga yang cacat dalam kesempurnaan
kesempurnaan yang ada pada 'dia' menjadi cacat tanpa ada kerosakan fizikal

seburuk mana pandangan 'dia' padaku,
aku tetap berbangga dengan diriku
kerana aku mampu menjadi aku
dan hanya aku seperti aku

yang aku sentiasa tahu,
selagi aku mampu berfikir dalam waras
selagi aku tahu jernih dan keruh
selagi aku rasa manis dan masam
selagi itulah aku tetap menjadi aku

kerana aku masih mampu merasa bahagia...........untuk diriku...........

Friday, April 20, 2012

TeGuh


waktu yang tersisa hanya untuk memperbaiki
hati yang lelah masih mahu menanti
dengan jarak yang wujud mampu mematangkan diri
ujian yang hadir pula menambah kekuatan hati

......Ya Allah, teguhkanlah ku di penantian ini......


Tuesday, February 14, 2012

janjiku

Semalam ku berjanji
Pada diriku ini & jua kepada diriMu
Daku telah berjanji
Tak akan mengulangi kesilapan kulakukan kelmarin



Tapi hari ini Kau saksikan
Diri ini telah lakukan
Dosa yang kujanji takkan ku ulangi

Rasa seperti telah hilang percaya pada diri
Dan rasa amat malu untuk menghadapMu
Kerna ku sering mungkir janji pada diri sendiri
Oh Tuhanku kuharap keampunan dariMu


Oh Ya Allah,
Telah kurasa seluruh nikmatMu
Umpama istidraj yang menggunung tinggi
Kerna kesilapanku yang sendiri tak mampu
Untuk Iltizam pada taubatku...Oh Tuhan

Oh Tuhan
kuharapkan..Kau ampunkan dosaku
Hulurkanlah padaku maghfirahMu
Ku sedar diri ini hanya hamba yang lemah
Oh Tuhan Kau terimalah taubatku..


p/s: proud to be myself...ever n ever!! InsyaAllah. Thank you Allah.


Monday, February 6, 2012

(^___^)


Bagaimana ku jelaskan cinta
Karna itu tak dapat dijabarkan
Sesuatu yang indah terlahir dari rasa
Dan rasa itu karunia Illahi

Bagaimana ku jelaskan cinta
Bila malu selalu melandaku
Semua rasa itu...malu rasa bahagia
Takut dan cemburu pun karunia ilahi

Dari Sujud ke Sujud
Sejuta doa ku lantun untuk cinta
Dalam hati anak-anak manusia hablumminannas

Dari Sujud ke Sujud
Ku tasbihkan hanya untuk cinta
Subhanallah cinta kita terus bertasbih

p/s: nice song..layannn

UNDER and STAND


Bila terpaksa mencari, kadang2 tidak pasti menemui...
Bila terpaksa menanti, kadang2 tidak rasa meredhai...
Bila terpaksa bersembunyi, kadang2 tetap terasa sunyi...
Bila terpaksa bersenang hati, kadang2 masih disakiti...

Andai perlu mencari, hakikatnya tidak pasti...
Andai masih menanti, belum tentu ia dimiliki...
Andai terus bersembunyi, yakinkah akan abadi...
Andai ikhlas bersenang hati, bahagialah yang dicari dan dinanti tanpa perlu bersembunyi...

p/s: faham situasi sebenarnya lebih jelas dari faham 'manusia' sebab kadang2 'manusia' lebih complicated daripada situasi......if and only if u cannot understand people anymore!

~not everyone who read this will understand, but it'll only understood by a certain people~

wallahu'alam

Thursday, February 2, 2012

sahaja~


"Jangan berbangga dengan dirimu apabila kamu boleh melukakan hati orang yang sanggup meninggalkan caranya demi menuruti caramu"

hmm, i do agree....
p/s: actually, ia boleh dilakukan secara bijak...jika kita mampu berfikir.
~no tears~
wallahu'alam