BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, April 23, 2012

aku bukan 'dia'

hanya aku seperti aku....
aku tahu fizikal ku hampir menyerupai 'dia' yang lain,
tetapi, hanya aku sahaja seperti aku.

aku juga tahu banyak mata yang memandang padaku,
mata yang baik dan kurang baik,
yang baik itu aku anggapnya sebagai anugerah,
yang kurang baik aku anggapnya sebagai khilaf,

ya, tidak semua manusia itu sempurna
sesempurna mana pun jasadnya, pasti cacat pada hatinya
sesempurna mana fizikalnya, pasti cacat mentalnya
mungkin rohaninya atau apa-apa saja yang sewaktu dengannya.

ada juga yang cacat dalam kesempurnaan
kesempurnaan yang ada pada 'dia' menjadi cacat tanpa ada kerosakan fizikal

seburuk mana pandangan 'dia' padaku,
aku tetap berbangga dengan diriku
kerana aku mampu menjadi aku
dan hanya aku seperti aku

yang aku sentiasa tahu,
selagi aku mampu berfikir dalam waras
selagi aku tahu jernih dan keruh
selagi aku rasa manis dan masam
selagi itulah aku tetap menjadi aku

kerana aku masih mampu merasa bahagia...........untuk diriku...........

Friday, April 20, 2012

TeGuh


waktu yang tersisa hanya untuk memperbaiki
hati yang lelah masih mahu menanti
dengan jarak yang wujud mampu mematangkan diri
ujian yang hadir pula menambah kekuatan hati

......Ya Allah, teguhkanlah ku di penantian ini......