alhamdulillah, diri masih bernyawa dan mampu menghirup dan menghembus nafas yang semakin hari semakin takut ia akan terhenti. Detik itu hanya Allah sahaja yang tahu.
Setiap hari, diri pasti akan melalui pelbagai situasi yang membuatkan diri semakin memahami diri.
Setiap masa, akan mencari ruang di celah-celah keberanian bagi mengumpul kekuatan untuk melalui situasi yang mencabar.
Setiap kali, pasti terfikirkan nikmat dan hikmah sentiasa wujud dalam mendepani permasalahan.

subhanallah..
sungguh, Ya Allah..hamba-Mu ini belum kuat mengumpul keyakinan, belum mudah untuk melakukan dengan ikhlas, belum tahu bagaimana mahu meletakkan diri dalam situasi di atas!
"belum tibakah waktunya untuk orang-orang yang beriman, u
ntuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka) dan janganlah mereka (berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras. Dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik." (Al-Hadid:16)
Pertama kali ayat tersebut dibaca dan diolah dalam halaqah dengan pelbagai kisah diceritakan, hati mula terpaut untuk menjadikan "favourite verse in Quran". BENAR. Dalam ayat tersebut banyak pengajaran yang boleh dijadikan ingatan..bait yang begitu t
eliti..susunan yang begitu sistematik..Allah Maha Bijaksana !
~JANJI ALLAH ITU BENAR~ TAKBIR !!




0 comments:
Post a Comment